Thursday, December 9, 2010

 Selamat menyambut tahun baru hijriah 1432 daripada kami panitia Panitia Pendidikan Islam SKK SMK Ghafar Baba..Pejam celik-pejam celik kita dah masuk tahun baru..makin bertambah tahun bermakna makin bertambah usia kita dan makin pendek umur kita..dan yang paling kita kena renungi ialah adakah makin bertambah atau berkurang amalan kita..Apa pun PAI SKK SMKGB ingin mendoakan untuk semua warga SGB semoga kalian sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah SWT sepanjang tahun ini dan semoga Allah SWT mengampunkan dosa-doasa yang telah kita lakukan pada tahun lepas samada dosa kecil mahupun besar, zajir mahupun batin dan dosa yang dilakukan  dalam sedar atau tidak..kami juga ingin menyeru kepada semua warga GB supaya mengambil peluang untuk berpuasa pada 10 Maharam ini..lebih afdal puasa pada 9 dan 10 maharam..ini bertujuan membezakan puasa kita orang Islam dengan orang Yahudi..sebagaimana hadis daripada 
   "Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim) 
       Terlalu banyak kelebihan dan fadhilat bagi orang-orang yang berpuasa pada hari ini antaranya sebagaimana diriwayat oleh Qatadah (maksudnya): 
“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)..
Semoga Allah SWT memberkati setiap apa yang kita kerjakan..Aminn..

No comments:

Post a Comment