Monday, February 6, 2012

Mohon Kemaafan..

Segan rasanya hendak mencoret dalam blog ini setelah sekian lama blog ini menyepi..kira-kira dah setahun rasanya blog ini menyepi..kami Panitia Agama Islam SKK SMKGB memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana sudah lama tidak mengaktifkan blog ini..blog ini tidak dapat diaktifkan kerana terdapat masalah teknikal berkaitan dengan internet dan pengurusan.. InsyaAllah jika tidak ada masalah dan apa-apa halangan pada tahun ini kami akan sajikan khusus kepada warga SMKGB dan amnya kepada semua pelawat-pelawat yang sudi bertandang ke blog ini dengan santapan ilmu dengan kadar kemampuan yang kami ada..kami juga mengharapkan teguran dan komen-komen yang membina untuk kami membaiki kelemahan diri kami..
Salam Kemaafan dari kami..

Thursday, December 23, 2010

SALAM PERPISAHAN..

Salam perpisahan dan selamat bertugas disekolah baru kami semua ucapkan buat Ustaz Mohd Fazlee bin Abdul Rasip diatas perpindahan beliau ke Sekolah Menengah Bukit Baru..Ustaz Fazlee merupakan ketua panitia Pendidikan Islam di SMK Ghafar Baba ini, beliau telah memulakan perkhidmatan di sekolah ini pada 19 Januari 2009..sepanjang tahun 2010 ini selain daripada memegang jawatan ketua panitia Pendidikan Islam beliau juga menggalas jawatan penyelaras tingkatan 4, guru penasihat kadet Remaja Sekolah, guru penasihat Kelab Fotografi, AJK induk kurikulum, AJK disiplin dan pentafsir sekolah bagi pendidikan Islam PMR..terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau sumbangkan kepada SMKGB ini, jika hendak kami coretkan rasanya tidak muat ruangan ini..apapun kami mendoakan semoga Ustaz Fazlee sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah SWT dan dapat menjalani tanggungjawab yang diberikan di sekolah baru..kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz diatas tunjuk ajar dan bantuan yang telah ustaz berikan kepada kami hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..Sehingga bertemu lagi..
Pucuk Pauh delima Batu,
Anak ikan ditapak tangan,
Walau jauh tidak beribu batu,
Harap SMKGB dilupa jangan..
(pantun hentam sajalah..)
-webmaster-

Sunday, December 19, 2010

KAMI BARU NAK MENAPAK

kami baru nak menapak..itu lah unggkapan yang kami rasa amat sesuai untuk blog baru ini iaitu Blog Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba..dengan berbekalkan  ilmu yang amat cetek dalam ICT ini kami bertungkus lumus menyiapkan Blog ini...tinggi harapan kami semoga dengan kehadiran blog yang tidak seberapa ini dapat membantu serta sedikit sebanyak memberi ilmu dan pandua serta infomasi aktiviti khususnya kepada semua guru-guru dan warga GB dan umumnya kepada semua pelawat yang sudi bertandang di blog ini ..kami juga mengharapkan teguran daripada semua pihak dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi kualiti blog ini..akhir sekali terima kasih kepada semua..

Thursday, December 9, 2010

 Selamat menyambut tahun baru hijriah 1432 daripada kami panitia Panitia Pendidikan Islam SKK SMK Ghafar Baba..Pejam celik-pejam celik kita dah masuk tahun baru..makin bertambah tahun bermakna makin bertambah usia kita dan makin pendek umur kita..dan yang paling kita kena renungi ialah adakah makin bertambah atau berkurang amalan kita..Apa pun PAI SKK SMKGB ingin mendoakan untuk semua warga SGB semoga kalian sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah SWT sepanjang tahun ini dan semoga Allah SWT mengampunkan dosa-doasa yang telah kita lakukan pada tahun lepas samada dosa kecil mahupun besar, zajir mahupun batin dan dosa yang dilakukan  dalam sedar atau tidak..kami juga ingin menyeru kepada semua warga GB supaya mengambil peluang untuk berpuasa pada 10 Maharam ini..lebih afdal puasa pada 9 dan 10 maharam..ini bertujuan membezakan puasa kita orang Islam dengan orang Yahudi..sebagaimana hadis daripada 
   "Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim) 
       Terlalu banyak kelebihan dan fadhilat bagi orang-orang yang berpuasa pada hari ini antaranya sebagaimana diriwayat oleh Qatadah (maksudnya): 
“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)..
Semoga Allah SWT memberkati setiap apa yang kita kerjakan..Aminn..